Peniaga Makanan Dihukum Gantung Selepas Didapati Bersalah Edar Kanabis

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang peniaga makanan dijatuhi hukuman gantung madatori oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas mendapati Jaafar Sidek Darus, 47, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam pembelaannya.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 24.418 kilogram di rumah bernombor 97, Lorong Tanjung Indah, Taman Tanjung Indah, Kulim dekat sini, pada 23 Februari 2001, pukul 12.30 tengahari.

Jaafar disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Tertuduh diwakili peguam Jagdeep Singh Deo manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ridha Abdah Subri. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan