Keputusan Petisyen Rayuan SPRM Didengar 17 Disember Ini

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Disember ini untuk mendengar permohonan pendakwaan yang memfailkan petisyen rayuan yang sudah melebihi jangka masa yang ditetapkan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Ketua Pengarah Tourism MalaysIa, Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg, kerana tuduhan rasuah Ogos lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan peguam bela Saseedharan Menon yang mewakili Mirza, selaku responden.

Terdahulu Fariza dalam hujahannya berkata pihaknya telah memfailkan notis rayuan pada 29 Julai lalu dan setelah menerima nota keterangan dan alasan penghakiman pada 21 Ogos lalu, kemudian memfailkan petisyen rayuan pada 4 September lalu.

Mengenai serahan oleh SPRM di kaunter pengawal pada 19 Ogos yang hanya diterima di bahagian perundangan dua hari kemudiannya, beliau berkata jika mahkamah berpendapat bahawa penyerahan di kaunter pengawal itu adalah sempurna, maka isu kelewatan tidak timbul, dan ia berbentuk tidak memudaratkan kerana berlaku salah faham berhubung tarikh serahan itu. Fariza berkata pihaknya berpendapat Mirza tidak akan diprejudiskan kerana beliau mempunyai hak untuk menjawab segala persoalan dan jawapan yang akan dikemukakan nanti.

Saseedharan pula membantah dengan alasan prosedur yang dilakukan tidak mengikut Seksyen 310 Kanun Acara Jenayah iaitu kegagalan untuk memfailkan apaapa dokumen dalam masa yang telah ditetapkan oleh mahkamah iaitu 14 hari dari tarikh 19 Ogos lepas.

Katanya Seksyen 310 Kanun Acara Jenayah menyerahkan kuasa kepada hakim sama ada menerima atau menolak rayuan yang difailkan lewat.

"Perayu dalam kes ini iaitu SPRM perlu mengemukakan alasan munasabah atas kegagalan memfailkan petisyen rayuan itu dalam jangka masa yang dibenarkan iaitu faktorfaktor di luar kawalan mereka.

"Di samping itu mereka perlu ada merit dalam rayuan itu untuk mendapatkan keadilan," kata Saseedharan.

Pada 24 Julai lalu, Mirza, 51, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan bersetuju menerima rawatan pergigian bernilai RM13,860. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan