Dua Warga Nepal Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua warga Nepal yang didapati bersalah kerana mengedar dadah, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mereka ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasa Dadah (DEA) Amerika Syarikat dan polis Bukit Aman, enam tahun lepas.

Dalam operasi yang dijalankan pada 2003, Hari Bahadur Ghale, 29, dan Sajan Gurung, 30, ditahan oleh sepasukan pegawai jabatan narkotik DEA dan Bukit Aman kerana mengedar 875.2 gram heroin gred tinggi.

Keduadua mereka didakwa mengedar dadah itu di bilik 1109, Hotel Federal di Jalan Bukit Bintang kirakira 2 petang pada 30 Mei.

Mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Hari dan Sajan berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah berkata Hari dan Sajan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Beliau berkata mereka dilihat memasuki lif di hotel itu secara berasingan dan kemudian ditahan dalam serbuan (oleh polis DEA dan Bukit Aman) ketika sedang berunding dengan seorang pegawai DEA yang menyamar.

Azman berkata keduadua mereka sememangnya sedar mengenai dadah yang dijumpai di atas sebuah meja bulat dalam bilik hotel itu.

Beliau berkata hujah yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Hari dan Sajan bahawa saksi pendakwaan kedua seorang ejen DEA yang hanya dikenali sebagai 'James' bukanlah orang yang berada bersama mereka ketika serbuan itu, turut ditolak oleh mahkamah.

"Seorang lagi saksi pendakwaan mengenal pasti dengan positif 'James' sebagai ejen DEA dan terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan," kata Azman.

Peguam K. A. Ramu, yang mewakili Hari, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memasuki negara ini sebagai seorang pelancong dan amat kesal dengan tindakannya itu.

Peguam Rajpal Singh, yang mewakili Sajan, berkata anak guamnya bekerja di National Panasonic di Shah Alam selama dua tahun, dan menyara ibu bapanya yang sudah tua di Nepal.

Selepas keputusan disampaikan dan jurubahasa mahkamah menjelaskan keputusan mahkamah dan mereka boleh mengemukakan rayuan, Hari serta Sajan sekadar menganggukkan kepala.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kasim. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan