Tiada Orang Lain Yang Dera Nirmala Selain Majikannya

Diterbitkan: Rabu, 25 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada orang lain yang boleh dikaitkan dengan penderaan pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat, selain majikannya Yim Pek Ha.

Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata Yim juga tidak menghantar Nirmala ke hospital kerana dialah yang memukul dan bimbang jika doktor dapat mengesan penderaan yang dilakukan terhadap mangsa.

Raja Rozela, yang berhujah dalam permohonan rayuan sabitan dan hukuman terhadap Yim, 41, berkata Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir tidak terkhilaf dalam membuat keputusan mensabitkan perayu (Yim) kerana keterangan mangsa adalah konsisten dalam menyatakan siapakah yang menderanya dan majikannya itu sentiasa mengawal pergerakan serta tahu apa yang dibuatnya sehingga ke bilik air.

Pada 27 November tahun lepas, Yim, bekas pramugari, dihukum penjara selama 18 tahun bagi tiga pertuduhan selepas didapati bersalah mencederakan Nirmala, 19 (ketika kejadian) menggunakan seterika dan air panas di Villa Putera, Jalan Tun Ismail, di sini, pada Januari, Mac dan April 2004.

Raja Rozela berkata kenyataan Yim bahawa dia tidak mendera dan tidak tahu kecederaan yang dialami pekerja itu adalah penafian sematamata seperti mana dakwaan Yim bahawa Nirmala mengalami penyakit mental tetapi tidak dibuktikan.

"Yang dikatakan tertuduh adalah dia tidak mendera mangsa tetapi jika kita lihat mangsa diseterika begitu, adakah ia munasabah? Kami menyamakan dakwaan itu penafian sematamata. Dari mula lagi tertuduh menyatakan dia tidak pukul dan pada masa yang sama ketika ditanya kenapa tidak dibawa rawatan, dia berkata 'saya tidak nampak sebab dia pakai baju'.

"Senang sahaja dia cakap tidak nampak tetapi sebenarnya dia yang pukul sebab itu dia tidak bawa untuk rawatan supaya doktor tidak mengesan apa yang berlaku pada Nirmala," katanya.

Selain itu, mengenai dakwaan yang Nirmala menghidap penyakit mental, Raja Rozela berkata sekiranya ia benar, adalah suatu yang pelik sekiranya Yim masih menyuruh Nirmala bekerja dan tidak menghantar Nirmala kepada ejen atau ke negara asalnya.

Atas dakwaan peguam Akhbardin Abdul Kader, yang mewakili Yim, berhubung tahap kecederaan yang hanya merujuk kepada beberapa keping gambar, Raja Rozela berkata paparan dalam gambar itu sudah mampu menjelaskan wujudnya kecederaan parah.

"Persoalan mengapa mangsa tidak dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan lanjut dengan kecederaan ditekap seterika di kedua belah payu dara dan disiram dengan air panas tidak timbul, kerana ia telah berlaku dalam tempoh sebulan dan doktor pertama yang merawat Nirmala telah mengatakan luka itu telah kering," katanya. Sambil mengibaratkan perbuatan Yim melampaui batas kemanusiaan, Raja Rozela memohon supaya mahkamah mengekalkan sabitan bersalah terhadap Yim dan memerintahkan hukuman penjara secara serentak ditukar kepada berasingan yang mana Yim akan dipenjara selama 54 tahun bagi tiga kesalahan.

Sementara itu, ketika membuat hujahan balas, Akbardin berkata apa yang berlaku ke atas Nirmala tidak diketahui majikannya dan beliau sendiri tidak memaklumkannya bagi membolehkan beliau dirawat di hospital.

"Mangsa ada banyak peluang untuk keluar sebab dia ada nombor telefon ejen, pintu tidak berpagar malah bila pengawal keselamatan yang menjumpai Nirmala membawa semula beliau ke rumah, tertuduh mengaku bahawa beliau adalah pekerjanya tetapi tidak mahu mengambilnya lagi kerana selalu timbul masalah," katanya.

Katanya, banyak keraguan dalam kes ini kerana hakim terdahulu tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi pembelaan. Prosiding disambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan