Pemilik Bengkel Kereta Ke Tali Gantung Kerana Membunuh

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemilik bengkel kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki menggunakan besi dan parang sebelum membakar mayat mangsa bersama keretanya, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun ditahan di penjara sehingga satu tempoh yang diperkenan Sultan Selangor selepas didapati bersalah membunuh mangsa yang sama.

Hukuman penjara dijatuhkan ke atas remaja itu berikutan semasa kejadian dia masih di bawah umur.

Tertuduh, A. John Donald, 31, dan remaja lelaki itu didakwa membunuh A.Saravanan, 29, di Jalan susur masuk ke Ladang Guru Nanak, KM 28, Jalan Kuala LumpurIpoh, Serendah, Hulu Selangor, kira-kira pukul 5.30 petang pada 1 April 2007.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P.Kunyalam sementara peguam Sree Devi Naidu yang mewakili John dan remaja lelaki terbabit mengemukakan tiga saksi.

Dalam penghakimannya, Su berkata berdasarkan keterangan semua saksi, mahkamah berpuas hati bahawa John dan remaja lelaki itu dengan niat bersama telah merancang untuk membunuh Saravanan menggunakan parang dan batang besi. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan