Pengecat Kereta Dipenjara 10 Tahun 13 Sebatan Memiliki Dadah

Diterbitkan: Ahad, 22 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan 13 sebatan terhadap seorang pengecat kereta atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan methamphetamine, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menjatuhkan hukuman itu selepas Saidi Abdul Rahman, 45, mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang dikenakan terhadapnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan seorang lagi rakannya yang sudah meninggal dunia di hadapan kedai 7 Eleven Wakaf Che Yeh pada 15 Julai 2006 memiliki heroin seberat 38.74 gram.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Dan bagi tuduhan kedua memiliki methamphetamine seberat 17.28 gram di tempat, tarikh dan masa yang sama, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan mengikut Seksyen 12(2) akta yang sama.

Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh Mohd Saidi ditahan.

Tertuduh diwakili Datuk Abdul Aziz Derashid manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdul Razak Wan Hussin. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan