Pemandu Teksi Palsu Dipenjara Kerana Ganggu Lelaki Muda

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang pemandu teksi palsu yang melakukan gangguan seks terhadap lebih 20 lelaki muda yang ia bawa dalam keadaan mabuk telah dikenakan penjara minimum 18 tahun oleh seorang Hakim Perth.

Lim Kok Foo, 42, dari Tuart Hill di pinggiran bandar Perth, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Daerah Australia Barat pada Jumaat kerana 44 kesalahan seksual dan satu kes melibatkan kecederaan, demikian lapor Australian Associated Press.

Mahkamah diberitahu bahawa Lim yang menyamar sebagai pemandu teksi telah menggoda kira-kira 100 lelaki muda mabuk menaiki keretanya sebelum membuat penggambaran mengenai perlakuan seksnya terhadap mereka.

Hakim Troy Sweeney menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dua bulan, dan mengisytiharkan beliau layak menjalani parol dua tahun sebelum hukuman penjara tamat.

Hakim itu berkata Lim tidak langsung menghiraukan hak asasi mangsanya atau menaruh perasaan bersalah. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan