Mahkamah Mahu Bekas Inspektor Polis Wanita Dibicara Semula

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan supaya kes seorang bekas inspektor polis wanita yang didakwa bersetuju menerima rasuah RM1,000 daripada seorang wanita sebagai upah untuk tidak meneruskan kes perbicaraan rogol membabitkan abang tiri wanita itu, dibicarakan semula di Mahkamah Sesyen Ampang.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu setelah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Noradidah Ahmad, yang mengendalikan perbicaraan kes itu gagal memanggil semula tiga saksi pendakwaan selepas pertuduhan terhadap Jamilah Mohamad, 37, dipinda.

Mohd Zaki bagaimanapun mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 terhadap Jamilah yang menghadapi satu lagi tuduhan meminta rasuah RM2,000 daripada wanita yang sama.

Bagi tuduhan itu, beliau berkata mahkamah berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Ampang tidak melakukan kesilapan atau perkara yang tidak betul semasa menjatuhkan hukuman itu.

Mohd Zaki bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai dan membenarkan tertuduh membayar denda secara ansuran iaitu RM5,000 pada 1 Disember depan dan selebihnya dibayar pada 17 Disember.

Peguam bela Peter Siew mewakili Jamilah manakala Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee hadir bagi pihak responden.

Jamilah, yang ketika kejadian bertugas di Bahagian Jenayah Seksual Ibu Pejabat Polis Hulu Langat, didakwa meminta wang tunai RM2,000 daripada Siti Fatimah Kunchalan, 37, sebagai upah untuk dirinya bagi tidak meneruskan perbicaraan terhadap abang tirinya, Abu Manaf, 46.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di belakang Mahkamah Ampang, Ampang Point, pada pukul 10 pagi 1 Jun 1998.

Ketika itu, Abu Manaf sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Ampang kerana dituduh melakukan rogol dan cabul. Jamilah pada masa kejadian adalah pegawai penyiasat kes itu.

Tertuduh juga didakwa bersetuju menerima suapan RM1,000 daripada Siti Fatimah sebagai upah untuk melakukan perkara yang sama, pada 9.30 pagi pada 3 Jun 1998, di tempat yang sama.

Pada 27 Feb 2004, Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Mohamad Saman Mohd Ramly memerintahkan Jamilah membela diri bagi tuduhan meminta rasuah RM2,000 dan sebaliknya membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri bagi tuduhan bersetuju menerima rasuah RM1,000 setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Hakim Mohamad Saman kemudian mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadap Jamilah selepas mendapati dia bersalah bagi tuduhan meminta rasuah RM2,000.

Pada 15 Disember 2005, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ampang membebaskan Jamilah bagi tuduhan bersetuju menerima rasuah dan Mahkamah Tinggi di sini kemudian memerintahkan tertuduh membela diri terhadap tuduhan itu.

Seterusnya pada 3 November 2006, Hakim Noradidah yang menggantikan Hakim Mohamad Saman bagi mengendalikan perbicaraan kes itu, mensabitkan Jamilah dengan kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadap Jamilah.

Pihak pembelaan kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan