Dua Pelancong Amerika Latin Didakwa Rompak Penjual Berlian RM2 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Dua pelancong Amerika Latin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak seorang penjual berlian warga German yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk bertemu pelanggan, akhir bulan lepas.

Gavidia Diaz @ Jose Eleazor, 31, dari Venezuela dan Yuri Lorena, 21, dari Columbia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Mereka didakwa merompak 153 butir berlian, sekeping pasport, dua buah telefon bimbit jenis Blackberry dan Motorola serta dua keping kad kredit yang keseluruhannya bernilai RM2,090,000 milik Lior Dagan, 34, dengan bersenjatakan pisau.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KM3, Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 6.45 petang, 29 Okt lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Anita Harun tidak membenarkan mereka diikat jamin dan menetapkan 23 Dis depan untuk sebutan melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan