Tiga Lelaki Tahanan Reman Mengaku Sebabkan Kemtian Tahanan Lain

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang berada dalam tahanan reman kerana dakwaan dadah sejak April 2007, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap pertuduhan menyebabkan kematian seorang tahanan lain, dua tahun lepas.

Muhammad Amam Abdul Rahman, 39, Mohd Rushdi Mohd Yusoff, 33, dan Erick Sandi, 30, didakwa dengan niat bersama memukul Tah Eng Kiam, 40, menggunakan tangan dan menendang sehingga menyebabkan kematiannya.

Mereka yang masingmasing bekerja sebagai kontraktor, pembantu kedai makan dan pemandu lori didakwa melakukan kesalahan itu di Lokap Blok A Balai Polis Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, pada 12.15 tengah hari, 24 April 2007.

Ketigatiga tertuduh yang diwakili peguam N.Sivanesan, didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mereka didakwa masuk ke dalam sel mangsa dan menolak lalu memukulnya sehingga menyebabkan tempurung kepala mangsa retak berukuran 6 sentimeter.

Mangsa yang direman atas kesalahan dadah di balai polis yang sama, cedera parah dan meninggal dunia di hospital dua bulan kemudian.

Bagaimanapun, Sivanesan memohon mahkamah agar memberikan masa dan peluang kepadanya untuk menyediakan laporan mitigasi terhadap ketigatiga tertuduh.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menetapkan 21 Disember ini untuk mendengar mitigasi dan menjatuhkan hukuman. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan