Kes Sharifah Aini Saman Utusan Dibicara 7 Disember Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah biduanita negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas ketua pengarang dan seorang wartawan hiburan akhirnya akan dibicarakan selepas lima tahun.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nazri Ismail membuat keputusan dalam kamarnya menetapkan 7 dan 8 Disember untuk perbicaraan selepas kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Pada 27 April, 2004 Sharifah Aini memfailkan saman terhadap akhbar Utusan, ketua pengarang ketika itu Datuk Khalid Mohamad dan wartawan Ku Seman Ku Hussain dengan mendakwa mereka memfitnahnya menerusi satu artikel keluaran Mingguan Malaysia pada 31 Mac 2004.

Sharifah Aini mendakwa dalam ruangan 'Cubit Manja' bertajuk 'SMS dan umang-umang', ketigatiga defendan telah mengaitkan hal peribadinya dan mempunyai niat jahat terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi umum, pampasan, teladan dan menuntut suatu injunksi bagi menegah defendan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkannya.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 18 Jun 2004, ketiga-tiga defendan menafikan bahawa artikel itu untuk memfitnah Sharifah Aini sebaliknya ia adalah komen berpatutan mengenai perkara membabitkan kepentingan awam serta tindak tanduk dan sikap plantif sebagai artis. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan