Juruteknik Dan Warga Emas Bebas Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan seorang warga emas dilepaskan serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 27,186 gram lapan tahun lepas.

Juruteknik Mohamad Izaham Ismail, 49, dan warga emas Kamal Hin Abdullah, 64, dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah itu di rumah No 483b, Kuarters TNB, Jalan Tanjong Tokong pada 21 Sept 2001 pukul 7.45 malam.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahim Uda membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan gagal membawa tertuduh ketiga dalam kes itu iaitu Haron Abdul Rashid.

Haron, 45, yang telah dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan pada Jun 2006, tidak dipanggil sebagai saksi utama pendakwaan sedangkan dia juga berada di tempat kejadian.

"Borang Pembongkaran yang diserahkan kepada mahkamah mengesahkan bahawa Haron juga salah seorang penghuni rumah itu sedangkan dia tidak dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaan.

"Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan sama ada keduadua tertuduh mempunyai hak eksklusif terhadap barang-barang di rumah tersebut," katanya.

Beliau berkata disebabkan terdapat kecacatan dalam siasatan, mahkamah membuat keputusan untuk melepaskan dan membebaskan keduadua tertuduh.

Selain itu, Abdul Rahim berkata sekiranya keduadua tertuduh tidak bersalah, maka pembebasan mereka adalah satu keadilan tetapi jika sebaliknya, hanya Allah yang berhak memberikan hukuman.

Mohamad Izaham dan Kamal Hin yang diwakili peguam R.S.N Rayer hanya bersahaja dan memandang satu sama lain ketika keputusan dibacakan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azhar Mokhtar mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan