Dua Lelaki Bebas Tuduhan Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang menghadapi tuduhan mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan, tergamam dan bagaikan tidak percaya apabila Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.

Tan Choon Cheong, 60, dan Tia Eng Hock, 46, yang telah menjalani kehidupan di penjara selama empat tahun tetap berdiri dalam kandang tertuduh walaupun prosiding telah tamat sehingga disuruh keluar oleh peguam yang mewakili mereka, Datuk Hazman Ahmad.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim ketika menyampaikan keputusannya berkata mahkamah melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie.

Beliau berkata pada hari kejadian keduadua tertuduh telah ditangkap bersamasama seorang lagi lelaki, dan orang ketiga itu tidak pula dituduh, dan juga tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Mereka didakwa mengedar tiga bungkusan mengandungi methamphetamine seberat 3,000 gram di hadapan hotel Pyramid Tower, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada pukul 1 petang, 2 April 2005 mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula sejak tahun 2007, pihak pendakwaan memanggil 16 saksi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan