Bekas Isteri Yakin ADUN Melor Mampu Bayar RM3 Juta

Diterbitkan: Khamis, 19 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas isteri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Melor, Siti Aishah Chou Abdullah, 25, yakin bekas suaminya mampu membayar tuntutan mutaah sebanyak RM3 juta berdasarkan kemampuan defendan.

Siti Aishah yang berasal dari Kemboja, berkata ini kerana defendan Wan Ismail Wan Jusoh pernah memberitahu bahawa bekas suaminya itu (Wan Ismail) mempunyai wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam bentuk saham amanah termasuk aset yang lain.

"Bekas suami pernah beritahu ada wang simpanan sebanyak RM1 juta dalam saham amanah tidak termasuk di bank simpanan yang lain.

"Defendan juga selain itu ada beberapa ladang getah di Gua Musang dan mempunyai syarikat di luar negara," katanya ketika menjawab soalan peguamnya Mohd Sibri Ismail di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Abdullah Man.

Suasana hening seketika apabila plaintif menangis dan sebak di kandang saksi apabila menceritakan keadaan hidupnya selepas bercerai pada 16 April tahun lepas.

"Saya rasa terkilan kerana sebagai mualaf memerlukan perhatian untuk membesarkan anakanak yang masih kecil dan saya pernah merayu agar rujuk kembali tetapi tidak dilayan," katanya.

Beliau juga mengakui semasa berkahwin pernah menuntut kenderaan, rumah dan modal untuk menjalankan perniagaan tetapi bekas suaminya tidak berbuat demikian atas alasan agar anakanak mereka Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, dapat dibesarkan dengan sempurna terlebih dahulu.

Siti Aishah yang kini menjalankan perniagaan pakaian dan tudung wanita, berkata bekas suaminya juga gagal membayar nafkah sebanyak RM500 kepada setiap anaknya itu.

"Dalam tempoh edah selama tiga bulan saya sendiri yang membayar sewa rumah di Taman Tanjong Chat di sini," katanya.

Peguam Mohd Raziman Yaccub yang mewakili Wan Ismail memohon prosiding ditangguhkan kepada suatu tarikh lain berikutan pihaknya belum bersedia membuat soalan balas terhadap plaintif berikutan kekeliruan tarikh perbicaraan tuntutan hari ini.

Abdullah kemudiannya menetapkan 3 Disember ini untuk menyambung perbicaraan tuntutan mutaah itu.

Tuntutan mutaah mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Tahun 2002 itu difailkan Siti Aishah pada Januari lepas sebagai pampasan atau sagu hati selepas bercerai bagi menjaga kebajikan dirinya dan kedua-dua anak tersebut.

Pada perbicaraan hari ini, Wan Ismail tidak hadir dan Mohd Raziman memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu sedang menunaikan ibadat haji. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan