Remaja Didakwa Cederakan Pekerja Kilang Guna Rotan

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan cedera parah ke atas seorang pekerja kilang Proton menggunakan sebatang rotan di Plaza Tol Tanjung Malim, Hulu Selangor dekat sini, pada bulan lepas.

Mohd Fadzlan Mislani, 20, yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas Nor Ihsan Yahya, 21, kira-kira pukul 2.30 pagi pada 18 Oktober lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hasbi membenarkan Mohd Fadzlan dibebaskan dengan jaminan RM7,000 serta seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suzana Abdul Latiff. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan