Peniaga Pasar Tani Dipenjara 9 Tahun, 10 Sebatan Miliki Kanabis

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang peniaga pasar tani dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memiliki kanabis seberat 516.5 gram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mazli Abdul Manap, 36, didakwa memiliki kanabis seberat 513.8 gram di dalam bilik tingkat atas rumahnya di No:1, Lorong 1, Desa Pahlawan, Batu 4, Jalan Ampang, Ampang, kira-kira pukul 4 petang, 14 Jun 2007.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan minimum 10 kali sebatan.

Mazli sebelum ini dibicarakan atas tuduhan mengedar kanabis mengikut Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, selepas 14 saksi pendakwaan memberi keterangan dan tertuduh diperintah membela diri, pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pilihan iaitu memiliki kanabis dan tertuduh kemudian menukar pengakuannya kepada bersalah. Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas tertuduh bagi satu lagi tuduhan memiliki kanabis seberat 2.7 gram di tepi jalan Hilir 7, Angkasa Hilir, Ampang, kira-kira pukul 3 petang, hari yang sama.

Mohd Yazid memerintahkan hukuman bagi keduadua pertuduhan berjalan secara serentak berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yong Leou Shin sementara tertuduh diwakili Ariff Azami Hussein. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan