Pengawal Keselamatan Dipenjara 12 Tahun Sebabkan Kematian Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki dengan cara memukulnya menggunakan getah paip dan besi, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memerintahkan P.Prem Anand, 29, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 17 Oktober 2007.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian S.Thavan, 38, bekas pengawal keselamatan, di Kilang Reka Cipta Jais, Lot 10, Jalan CJ 1/6, kawasan perusahaan Cheras Jaya, Balakong dekat sini, kira-kira pukul 7.40 pagi, 21 April 2005.

Prem sebelum ini dibicarakan atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun selepas empat saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah selepas pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian.

Terdahulu, peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Prem memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum atas alasan anak guamnya tidak berniat untuk membunuh mangsa kerana pergaduhan antara mangsa dan tertuduh serta rakan-rakannya tidak dirancang.

Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh serius iaitu menyebabkan satu nyawa melayang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan