Mahkamah Syariah Tidak Akan Sewenangnya Ubah Keputusan Hukuman Sebat Kartika

Diterbitkan: Rabu, 18 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang pada Rabu diberitahu Mahkamah Syariah tidak akan akur dan sewenang-wenangnya mengubah keputusan hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno pada 20 Julai lepas hanya kerana mengikut kehendak popular dan berlaku pertikaian di kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata berkata selagi keputusan yang diputuskan itu adil dan menurut syarak serta mematuhi kehendak undang-undang yang berkaitan, ia tidak akan diubah.

"Ini kerana Mahkamah Syariah sentiasa tegas dengan keputusan yang sudah dibuat walaupun berlaku pertikaian di kalangan masyarakat berhubung hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika," katanya ketika menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang pada Rabu.

Kartika, 32, dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotal di Cherating pada 11 Julai tahun lepas.

Beliau berkata Undang-undang Syariah yang berkuatkuasa di negeri Pahang juga mempunyai peruntukan iaitu sesiapa yang mempertikaikan atau tidak menghormati keputusan Mahkamah Syariah boleh didakwa sebagai menghina mahkamah.

"Seksyen 210 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pahang) 2002 memperuntukkan "mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk menghukum mana-mana orang yang melakukan suatu penghinaan mahkamah dengan hukuman denda yang tidak melebihi RM1,000," katanya.

Mohamad Sahfri berkata kegagalan mematuhi perintah mahkamah juga boleh didakwa sebagai penghinaan terhadap pihak berkuasa agama mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) yang boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Menjawab soalan tambahan Md Sohaimi iaitu bagaimana kes Kartika itu mahu diterangkan kepada orang ramai memandangkan masih ramai yang tidak faham, Mohamad Sahfri berkata penerangan mengenai kaedah sebatan cara syariah telah dijelaskan di peringkat mahkamah, jabatan agama dan Jabatan Penjara.

"Baru-baru ini juga 14 badan bukan kerajaan di Pahang telah mengadakan seminar dan demonstrasi sebatan cara syariah kepada orang ramai," katanya.

Kepada soalan tambahan Norol Azali Sulaiman (BN-Guai) mengenai bagaimana kerajaan akan menangani isu ini pada masa akan datang, Mohamad Sahfri berkata hanya Pahang yang menetapkan sebat di bawah kesalahan mabuk sebagai hukuman mandatori.

"Maknanya kalau sabit kesalahan, hakim boleh jatuhkan hukuman di bawah peruntukan disediakan dan ini sudah pasti akan dilaksanakan pada masa akan datang, cuma yang jadi puncanya kerana inilah kali pertama pesalah wanita dijatuhkan hukuman di bawah peruntukan tersebut.

"Dari segi penguatkuasaan undang-undang, kita sentiasa berusaha untuk pastikan supaya undang-undang dan hukuman yang lebih tegas lagi pada masa akan datang akan dikenakan terhadap pesalah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan