Warga Bangladesh Dipenjara Kerana Mencabul OKU

Diterbitkan: Selasa, 17 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara dua tahun lima bulan kerana kesalahan mencabul kehormatan seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Tertuduh Bassumiah, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di bilik setor, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama pada 25 Mac lepas pada pukul tiga petang.

Bassumiah didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Rosilah Yop membuat keputusan itu setelah mengambil kira kepentingan awam, tertuduh dan hujahan pendakwaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail dalam hujahannya memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa yang lemah tahap pemikirannya.

Selain itu, Sariza berkata tertuduh sepatutnya menggunakan peluang bekerja di sini secara sah untuk mendapatkan sumber pendapatan halal bagi menampung keluarga.

Dalam rayuannya tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan beliau hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan sebanyak RM800 sebulan.

"Saya juga sudah berkahwin dan mempunyai dua anak serta seorang ibu yang menghidap penyakit strok. Saya mohon maaf atas apa yang saya lakukan," katanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam bela dan prosiding dilakukan dalam bahasa Bangladesh. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan