Tertuduh Hidap Kanser Hidung Dipenjara 10 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang tertuduh yang menghidap kanser hidung peringkat akhir berkemungkinan menghabiskan sisa hayatnya dalam penjara setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun terhadapnya kerana menyebabkan kematian anak saudaranya, Ogos tahun lepas.

Ini berikutan berdasarkan kajian perubatan, jangka hayat bagi pesakit kanser peringkat empat iaitu peringkat akhir ialah lima tahun.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa semasa menjatuhi hukuman itu ke atas Fong Kim Yuen, 44, berkata tertuduh disahkan menghidap kanser hidung peringkat akhir pada Mac tahun lepas iaitu beberapa bulan sebelum kejadian.

"Doktor juga sahkan tertuduh sedang jalani rawatan dan akan menerima rawatan susulan pada 5 Januari depan. Pihak pembelaan minta mahkamah pertimbangkan keadaan kesihatan tertuduh sebagai faktor mitigasi dan setelah meneliti artikel berkaitan yang dirujuk oleh pihak pembelaan, jangka hayat pesakit kanser peringkat akhir ialah lima tahun.

"Pembelaan juga menghujahkan sesiapa yang menghidap penyakit itu mudah sensitif dan apabila mangsa datang ke rumah tertuduh dan buat bising, berlaku pergaduhan antara mereka menyebabkan tertuduh menikam mangsa.

"Walaupun kesihatan adalah faktor mitigasi, kepentingan awam perlu diutamakan dan saya masih berpendapat hukuman tegas patut dikenakan walaupun tertuduh sakit sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat," katanya.

Kim Yuen, bekas pekerja kontrak, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian Fong Kim Fian, 28, di Lot A33, Jalan MP 14, Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh, antara pukul 12.30 pagi dan 1.40 pagi pada 2 Ogos tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati mandatori.

Fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail menyebut pada hari kejadian, Kim Fian telah datang ke rumah Kim Yuen dalam keadaan marah, menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka dan Kim Yuen kemudian bertindak menikam Kim Fian sebanyak tiga kali menggunakan pisau lipat.

Sebelum ini, peguam Dir Kheizwan Kamaruddin yang mewakili Kim Yuen memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan mengambil kira faktor kesihatan anak guamnya yang telah disahkan menghidap barah hidung peringkat akhir.

"Anak guam saya juga tidak berniat untuk membunuh mangsa. Mangsa pada hari kejadian datang ke rumah tertuduh dalam keadaan mabuk serta bawa playar. Tertuduh yang bimbangkan keselamatan keluarganya telah menarik mangsa keluar dari rumah sehingga berlaku pergaduhan dan tertuduh bertindak menikam mangsa untuk mempertahankan dirinya.

"Keluarga mangsa juga sudah memaafkan tertuduh dan ayah mangsa ada buat akuan mengenai tingkah laku anaknya (mangsa) dengan menyatakan bahawa mangsa adalah seorang pemabuk dan mengambil dadah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan