Kes Batal Saman Malu Zahid Hamidi Disebut Semula 25 Januari Depan

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 Januari depan untuk sebutan semula kes permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau.

Timbalan Pendaftar Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007.

Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif.

Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon dan Shamsul Bahrain Ibrahim sementara Amir Bazli diwakili peguam Sangeet Kaur Deo. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan