Ibu Dukung Anak Masuk Kandang Tertuduh Di Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur satu tahun tiga bulan menarik perhatian Mahkamah Majistret di sini hari ini apabila turut dibawa memasuki kandang tertuduh oleh ibunya yang menghadapi pertuduhan memiliki dadah.

Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin menjelaskan kepada Majistret Aina Azahra Arifin bahawa kanakkanak itu tidak mahu berenggang dengan ibunya dan akan menangis.

Bagaimanapun kanak-kanak itu kelihatan tenang di samping ibunya sepanjang prosiding.

"Tidak mengapa, pihak mahkamah tiada masalah, teruskan sahaja dengan membacakan pertuduhan terhadap tertuduh," kata Aina Azahra.

Faridah Ahmad, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah heroin seberat 0.1 gram, di Jalan Tunku Abdul Rahman Kanan Satu, pada 1.30 tengah hari, 12 November lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau keduaduanya sekali, jika sabit kesalahan.

Faridah turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan gagal mengemukakan kad pengenalan atau sebarang dokumen yang sah mengikut Peraturan 25(1)(a)Peraturan Pendaftaran Negara 1990 ketika pemeriksaan dilakukan oleh polis di tempat, tarikh, waktu yang sama.

Ibu kepada enam orang anak itu tidak diwakili peguam bela.

Aina Azahra kemudian menetapkan 16 Disember ini sebagai tarikh untuk jatuh hukum. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan