Hukuman Mati Bekas Kerani Kerana Edar Dadah Kekal

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hukuman mati yang dihadapi seorang bekas kerani Majlis Perbandaran Skudai, Johor, kekal selepas rayuan terakhirnya untuk membatalkan sabitan dan hukuman mati bagi kesalahan mengedar 36.44 gram dadah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk James Foong, sebulat suara menolak rayuan Abd Latif Sakimin.

Pada 5 April, 2005, Mahkamah Tinggi Johor Baharu mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati selepas dia didapati bersalah mengedar 36.44 gram monoacetylmorphines di sebuah rumah di No 16, Jalan Lembing 2, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor Baharu pada 4 petang, 16 Mac, 2001.

Rayuan beliau ke Mahkamah Rayuan ditolak pada 31 Oktober, 2007.

Peguam yang mewakili Abd Latif, Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf daripada segi undangundang apabila tidak menerima hujahan pihak pembelaan bahawa dadah itu tidak diikat pada pinggang Abd Latif semasa dia ditahan polis, tetapi pada masa itu dia membimbit satu beg plastik menggunakan tangan kanan semasa masuk ke dalam rumah.

Katanya Abd Latif telah diminta oleh seorang lelaki dikenali sebagai "Rahim" untuk menyerahkan beg itu yang mengandungi "bahan masakan" kepada seorang lelaki Myanmar bernama Islam Mahmood di rumah itu.

Hisyam juga berkata Mahkamah Rayuan juga terkhilaf apabila menolak hujahan pihak pembelaan iaitu kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan kepada Islam Mahmood dan dua wanita Myanmar, yang berada dalam rumah itu pada ketika itu, untuk menjadi saksi kes itu telah mewujudkan prejudis terhadap kes Abd Latif.

Katanya jika ketigatiga mereka dipanggil sebagai saksi, mereka boleh mengesahkan sama ada Abd Latif membimbit beg plastik itu atau ia (dadah) diikat pada pinggangnya semasa dia ditahan polis.

Hakim Foong yang membacakan penghakimannya berkata mahkamah bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menerima hujahan pihak pendakwaan berhubung penemuan dadah itu.

Katanya mahkamah juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa hakikat pihak pendakwaan tidak mengemukakan tiga warga Myanmar itu sebagai saksi dalam kes itu tidak menimbulkan prejudis terhadap Abd Latiff.

Beliau berkata ketigatiga mereka tidak dapat dikemukakan sebagai saksi berikutan sapina gagal diserahkan kepada mereka dan bukan disebabkan pihak pendakwaan mahu menghalang atau menyembunyikan keterangan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan