Majlis Peguam Mesti Bayar Kos RM70,000 Kepada V.K. Lingam

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Peguam mesti membayar RM70,000 kepada peguam, Datuk V.K. Lingam berhubung keputusan untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat aduan terhadap Lingam yang didakwa bercuti ke New Zealand bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin pada tahun 1994.

Pada 14 Okt lepas, Majlis Peguam diarahkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan untuk membayar jumlah itu kepada Lingam.

Hari ini, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk James Foong, yang mendengar permohonan Lingam untuk menilai semula kuantum itu dalam keputusannya, berkata mahkamah itu tidak mempunyai sebarang justifikasi untuk mengganggu penilaian Timbalan Pendaftar dan menegaskan semula keputusan berkenaan.

Kuantum itu dianugerahkan kepada Lingam berikutan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan keputusan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara Majlis Peguam untuk menubuhkan satu tribunal selepas Lingam gagal menjawab aduan Majlis itu berhubung percutiannya ke New Zealand.

Pada 2003, Mahkamah Tinggi membenarkan Lingam membuat rayuan ke atas keputusan untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat aduan itu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi kemudiannya mengarahkan Majlis Peguam untuk membayar RM100,000 kepada Lingam dan kemudiannya dikurangkan kepada RM70,000 selepas Majlis Peguam membuat rayuan.

Terdahulu, peguam Datuk V. Sivaparanjothi yang mewakili Lingam berhujah mahkamah sepatutnya menaikkan jumlah itu sekurang-kurangnya RM150,000 kerana aduan itu telah memberi kesan kepada profesion Lingam.

Sivaparanjothi berkata beliau telah menghabiskan banyak masa untuk membuat penyelidikan disebabkan perkara itu terlalu kompleks. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan