Ketua Kumpulan Diva Mati Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan Diva mati ditembak dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis di Gat Lebuh Nordin di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditembak selepas dia melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian kirakira pukul 3.50 petang.

Katanya pasukan polis yang menjalankan intipan sejak sebulan lepas mengesan lelaki itu di Bukit Jambul sebelum mengekorinya hingga ke tempat kejadian.

"Ketika sampai di tempat kejadian, polis telah memintas kereta yang dipandu lelaki itu dan mengarahkannya keluar dari kenderaan yang dipandunya.

"Bagaimanapun dia yang memandu bersendirian enggan mengikut arahan sebaliknya melepaskan tembakan arah polis," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Ayub berkata berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenainya dan dia mati di tempat kejadian.

"Polis menemui sepucuk pistol dan beberapa butir peluru serta alatan menghisap syabu dalam kereta lelaki yang sangat dikehendaki polis itu," katanya.

Ayub berkata polis turut menemui kad pengenalan Singapura yang dipercayai palsu dan digunakan lelaki berkenaan untuk tujuan penyamaran.

Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki itu dipercayai kereta curi kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya.

"Dipercayai lelaki berkenaan berada di negeri ini untuk melakukan penculikan bersama anggota kumpulannya yang lain," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan anggota kumpulan itu yang aktif dalam kegiatan jenayah menggunakan senjata api. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan