Dua Penjual Udang Ke Tali Gantung Edar Kanabis

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua penjual udang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar kanabis seberat 36,220 gram di sebuah bengkel kereta di Pandan Indah, Ampang, lapan tahun lepas.

Hakim Mohd Zaki Md Yasin menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Halim Nor, 45, seorang warga tempatan. dan Sabri Alias, 38, berasal dari Aceh, Indonesia, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Sukar bagi mahkamah untuk mempercayai keterangan pembelaan keduadua tertuduh bahawa mereka tidak tahu mengenai kewujudan ketulan mampat dadah terbabit," katanya.

Seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan manakala pihak pembelaan mengemukakan dua orang saksi.

Halim dan Sabri didakwa melakukan kesalahan itu di DOHC Power Auto Services, No 14, Jalan Pandan Indah 4/38, pada 4.15 petang 20 Oktober 2001.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin, manakala Halim diwakili peguam Ghazali Taib, dan Sabri diwakili peguam Rusli Zain. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan