Dua Dihukum Gantung Bunuh Bekas Pensyarah UiTM

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua rakan karib, seorang eksekutif jualan dan pemandu forklift dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bakarudin Busu, tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee juga mensabitkan seorang lagi bekas pelajar Institut Kemahiran Bina Negara, Azizul Aznal Jailan, 26, tetapi menetapkan 11 Dis untuk mendengar laporan akhlaknya sebelum menjatuhkan hukuman kerana ketika kejadian Azizul berumur 18 tahun.

Muhamad Ideres dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan yang mewakili Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab Wahab, 31, telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah untuk membolehkan mahkamah membebaskan keduadua tertuduh.

Sebaik sahaja hakim membacakan penghakimannya kesemua tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya memandang ke arah anggota keluarga masing-masing yang memenuhi galeri awam.

Pada 3 Ogos 2007 mahkamah yang sama telah membebaskan tertuduh keempat, seorang pelajar Muhamad Zakwan Ahmad Zaki, 24, di akhir kes pendakwaan setelah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.

Seorang lagi bekas pelajar UiTM Siti Rahmah Azman Subramaniam, 28, turut didakwa dengan pertuduhan membunuh Bakarudin tetapi dibebaskan selepas pihak pendakwaan menawarkannya sebagai saksi utama.

Siti Rahmah merupakan teman wanita Sulkarnain.

Mereka dituduh membunuh Bakarudin, 35, di Jalan SS19/6, Subang Jaya, pada 9.30 malam 12 Feb 2002. Mayat Bakarudin dijumpai separuh rentung dalam longkang di Subang Jaya.

Semasa perbicaraan saksisaksi pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Azizul telah mengambil pedang samurai yang diletakkan sebagai hiasan di rumah abangnya yang telah digunakan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Noorman pula ada mengaku telah membunuh seseorang kepada rakannya bernama Mohammad Qaiyyum Abdul Wahab dan Mohammad Qaiyyum telah mengesahkannya di mahkamah ketika dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Mengikut keterangan di mahkamah, polis turut menjumpai kad SIM milik mangsa daripada Noorman beberapa hari selepas tarikh kejadian.

Seorang saksi yang melihat kejadian itu turut memberitahu mahkamah bahawa beliau ada melihat Sulkarnain menetak kepala Bakarudin sebanyak dua kali menggunakan sebilah parang panjang.

Ketika rayuan peguam Sulkarnain, Suzana Morlihan memberitahu mahkamah bahawa ayah kepada anak guamnya telah meninggal dunia ketika perbicaraan dan dia tidak mempunyai rekod jenayah.

Sementara itu peguam K. Vikneswaran yang mewakili Noorman pula memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya ingin meminta maaf kepada keluarga mangsa dan kejadian itu berpunca daripada pergaulan dengan rakan-rakannya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail memberitahu mahkamah bahawa ayah Bakarudin ada menghubunginya untuk melahirkan perasaan kesal apa yang telah berlaku dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan.

Azizul diwakli peguam Mohd Hanif Khatri Abdulla.

Sepanjang perbicaraan 30 saksi pendakwaan termasuk isteri Bakarudin, Mawarni Muhamad, 41, telah memberi keterangan sementara pihak pembelaan telah memanggil enam orang saksi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan