Artikel NST bermaksud saya seorang ejen Amerika, kata Anwar

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam tahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap New Straits Times Press Bhd (NSTP) berhubung artikel bertajuk "Anwar's Link To US Lobbyist", semalam beliau memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa artikel itu membawa maksud yang beliau seorang yang tidak setia kepada Malaysia, seorang ejen Amerika, pemimpin dan ahli politik yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

Anwar, 62, yang merupakan saksi pertama dalam kes itu, mendakwa artikel itu yang diterbitkan dalam New Straits Times pada 2 Mac, 2002, tidak memaparkan kebenaran dan beliau berasa telah difitnah oleh tulisan berkenaan.

Artikel itu menyentuh mengenai dakwaan hubungan Anwar dengan pelobi Washington DC, hubungan kewangan antara beliau dan organisasi dikenali sebagai Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan tuduhan dalam akuan bersumpah oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid.

Kepada soalan peguam yang mewakilinya, Karpal Singh, iaitu sama ada beliau pada bila-bila masa telah mencabar kesahihan artikel itu, Anwar berkata beliau secara terbuka mencabar kerajaan dan perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan siasatan bebas untuk menyiasat tuduhan yang terkandung dalam artikel itu, tetapi itu tidak dilakukan.

Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, kerana beliau mendakwa artikel itu bermaksud untuk menjatuhkannya.

Anwar menuntut, antara lain, RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Para defendan dalam pernyataan pembelaan mereka, antara lain mendakwa mempunyai hak keistimewaan.

APPC telah bekerjasama dengan Institut Strategi dan Kajian Antarabangsa (ISIs) untuk menganjurkan siri dialog untuk menjalin hubungan lebih mesra dengan pegawai kerajaan dari Asean dan Amerika Syarikat.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili para defendan, Nad Segaram, Anwar mendakwa beliau hanya menjadi pengerusi bersama dialog APPC manakala Tun Dr Mahathir mengetuai dialog berkenaan.

"Tetapi beliau (Tun Mahathir) tidak dituduh sebagai ejen Amerika oleh New Straits Times, tetapi saya, ya," katanya dan menurutnya kos acara itu dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.

Saksi kedua, bekas pengarah penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Abdul Razak Idris, memberitahu mahkamah bahawa akuan bersumpah Abdul Murad adalah tidak berasas dan tidak boleh diterima dan bahawa beliau telah mengarahkan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa Anwar menyimpan RM3 bilion dalam akaun asing bagi APPC ditutup.

Abdul Razak, 60, yang telah bersara daripada BPR dan kini pengarah di beberapa syarikat berkata penyiasatan itu dilakukan oleh BPR di bawah seliaannya.

Katanya BPR telah menyiasat akuan bersumpah Abdul Murad dengan teliti, dan malahan telah pergi ke Singapura dan United Kingdom untuk mendapatkan bukti.

Tetapi hasil penyiasatan itu berakhir dengan "tiada kes" terhadap Anwar berhubung dakwaan berkenaan, katanya.

Kepada soalan Nad mengenai siapa yang membuat keputusan menutup penyiasatan terhadap Anwar, Abdul Razak berkata Peguam Kanan Persekutuan di Pejabat Peguam Negara memutuskan menutup kes itu selepas beliau (Abdul Razak) merumuskan tiada kes terhadap Anwar.

Datin Rose Ismail, bekas wartawan dan penulis utama NST yang telah menulis artikel itu, memberitahu mahkamah yang beliau menulisnya bagi tujuan berita susulan kerana isu berkaitan Anwar dan APPC telah dilaporkan secara meluas dalam media.

Ketika ditanya oleh Nad kenapa beliau tidak menghubungi Anwar sebelum menyiarkan artikel itu, Rose, yang kini pengarah urusan syarikat perunding media berkata Anwar berada dalam penjara.

Rose tidak bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa beliau tidak mengesahkan kebenaran dakwaan itu dengan Anwar dan Abdul Murad sebelum artikel itu disiarkan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya menulis berita itu sebagai berita susulan selepas isu itu dilaporkan secara meluas dalam akhbar dan laman web," katanya.

Selepas Rose selesai memberikan keterangannya, Pesuruhjaya Kehakiman Harmindar Singh Dhaliwal menetapkan hari ini untuk hujahan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan