Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu kerana dituduh membunuh ibunya di Ulu Tiram bulan lepas.

J.Saravanan, 22, didakwa membunuh Malliha Kathirvel, 47, di rumah No 18, Kampung MIC, antara 9.30 pagi dan 10.30 pagi 5 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Saravanan yang memakai baju T hitam mengangguk memahami pertuduhan yang dibaca dalam Bahasa Tamil. Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Hafizah Johor Ariff Johor kemudian memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk sebutan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Mohd Radzaz.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, mayat Malliha yang merupakan seorang yang pekak dan bisu, dijumpai dalam beg kembara yang disorok di bawah sinki dapur rumahnya di Kampung MIC, pada 6 Oktober lepas. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan