Hukuman Penjara Dua Tahun Dan Denda RM50,000 Terhadap Pegawai Penyiasat ROC Kekal

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara dua tahun serta denda RM50,000 ke atas bekas pegawai penyiasat Pendaftar Syarikat (ROC) kerana menerima rasuah RM10,000 bagi menghentikan penyiasatan terhadap sebuah syarikat minyak dan gas pada 2001.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah, bagaimanapun, membenarkan permohonan Zaidi Abdul Ghani bagi penangguhan hukuman sementara menuggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Azman mengurangkan hukuman penjara ke atas seorang ahli perniagaan yang dituduh bersama Datuk Baharuddin Hamzah, 34, dari dua tahun ke 18 bulan tetapi mengekalkan denda RM50,000 yang dikenakan oleh mahkamah rendah pada 21 Februari, 2005.

Zaidi, 43, dan Baharuddin disabitkan kesalahan menerima dari Tengku Amran Tengku Abdullah, pengarah Akar Korporat Sdn Bhd, bagi menyekat syarikat minyak itu daripada disiasat di bawah Seksyen 363(3) akta Syarikat 1965.

Mereka melakukan kesalahan itu di Flamingo Hotel, Tasik Ampang, Jalan Ampang, pada kira-kira 9.30 mlm 13 Jun, 2001.

Peguam Datuk Jagjit Singh mewakili Baharuddin sementara Akbardin Abdul Kader bertindak bagi pihak Zaidi.

Timbalan pendakwa raya Kevin Morais dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bertindak bagi pihak pendakwa. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan