Pemandu Lori Edar Syabu DiBicara 5 April Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 hingga 16 April tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes seorang pemandu lori yang didakwa mengedar 978.015 kg syabu, Mei lepas.

Lee Yong Toe, 48, dari Taman Iskandar, Johor Baharu, mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Lee didakwa melakukan kesalahan itu di Km 3, Jalan Cenderawasih, Rompin bersama seorang lagi yang masih bebas pada 6.45 pagi, 2 Mei lepas mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya turut menetapkan 7 Dis depan untuk sebutan semula kes itu selepas peguam tertuduh, J. Kuldeep Kumar memberitahu mahkamah anak guamnya akan melantik dua lagi peguam untuk perbicaraan kes itu.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh dan Heng Yen Loo memaklumkan sekurangkurangnya 14 saksi akan dipanggil bagi perbicaraan kes itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan