Empat Warga Indonesia Dan Seorang Rakyat Tempatan DiDakwa Edar Dadah

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Empat warga Indonesia dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 340,246 gram yang bernilai jutaan ringgit.

Keempat-empat tertuduh iaitu Dwi Supriyatno Mei, 43, Fredy Hermawan, 40, Andy Padsi, 38 dan Indra Mulyadi, 40, di tahan pada 27 Okt lepas di Jln Batu Feringghi, pada pukul 9.30 malam.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Selain itu seorang warga tempatan Toh Ooi Hwa, 57, turut didakwa atas tuduhan mengedar dadah Methamphetamine seberat satu kilogram.

Toh yang diwakili peguam Muhammad Amir Abdul Rani ditahan pada 27 Okt di hadapan kafe Manderin Facework Beauty Center, Gelugor pada pukul 9.30 malam.

Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fadzila Ishak dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Faisal Md Noor.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan kedua-dua kes akan disebut semula pada 10 Dis ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan