Bekas kerani bebas dari hukuman penjara

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas menunggu selama lapan tahun, akhirnya hasrat seorang bekas kerani untuk bebas dari hukuman penjara tercapai atas kesalahan pecah amanah dan menipu apabila Mahkamah Tinggi di sini Jumaat membenarkan rayuannya.

Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara selama enam tahun yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Hapipah Monel terhadap Rabiatul Adawiyah Goh Abdullah atas empat tuduhan pecah amanah dan 13 tuduhan menipu melibatkan wang berjumlah RM583,705.97.

Dalam penghakimannya Ghazali berkata terlalu banyak kekhilafan dan salah arah yang berlaku dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen yang bermula pada 1993 hinggalah 2001.

Katanya hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila beliau sendiri membuat pindaan dalam pertuduhan sedangkan hakim tidak sepatutnya memainkan peranan sebagai pendakwa raya.

Hakim itu juga katanya telah tersalah arah dalam membenarkan 17 pertuduhan didengar bersama kerana tiada sebarang permohonan dibuat oleh pihak pendakwa untuk perbicaraan bersama bagi kesemua pertuduhan tersebut.

Selain membenarkan rayuan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Ghazali turut memerintahkan agar wang jaminan RM80,000 dikembalikan kepada Rabiatul Adawiyah. Sebelum ini, tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuannya.

Bagi empat tuduhan pertama, Rabiatul Adawiyah, 48, didakwa pecah amanah terhadap empat keping cek milik majikannya, Syarikat Limited Editions (M) Sdn Bhd, berjumlah RM497,993.33.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 21 November 1989 dan 19 Mac 1993 di syarikat berkenaan No. D2-2, Bangunan SPPK, No. 46, Jalan Dungun, Bukit Damansara di sini.

Manakala bagi 13 tuduhan menipu, Rabiatul Adawiyah didakwa menipu beberapa pengarah syarikat tersebut sehingga majikannya menyerahkan wang berjumlah RM85,712.64 setelah menandatangani 13 keping cek milik syarikat.

Menurut tuduhan, dia mengemukakan cek-cek berkenaan untuk dibayar kepada sembilan penama iaitu Rabiat Adawi, Chiew Piau, Chong Mok Song, Voon Kim Mui, Ho Wai Ping, Chia Kee Horng, Leow Foong Seong, Kam Pak Cheong dan Ong Boon Cheow sedangkan ia digunakan untuk kepentingan peribadi.

Rabiatul Adawiyah yang dihadapkan ke mahkamah pada 2 Jun 1993 didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut antara 18 September 1991 dan 22 Ogos 1992 di tempat yang sama.

Bagi tuduhan pecah amanah, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan manakala bagi tuduhan menipu pula, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Akta yang sama yang boleh dihukum maksimum penjara 10 tahun dan denda bagi setiap seksyen.

Dalam keputusan lepas, hakim Hapipah yang mendapati Rabiatul Adawiyah bersalah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak bermula tarikh hukuman dijatuhkan pada 10 Mac 2001.

Pihak Pendakwaan memanggil 80 saksi manakala pihak pembelaan mengemukakan lima saksi.

Rabiatul Adawiyah diwakili peguam M. Manoharan manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar @ Sota. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan