Bekas Pegawai Khas MB Selangor dituduh menipu wang berjumlah RM50,000

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yahya Saari, bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan Pengerusi Darul Ehsan Sdn Bhd, Datuk Abdul Karim Munisar untuk mendorongnya memberikan RM50,000 bagi menganjurkan Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.Foto THE STAR Oleh: K.K.SHAM
Yahya Saari, bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan Pengerusi Darul Ehsan Sdn Bhd, Datuk Abdul Karim Munisar untuk mendorongnya memberikan RM50,000 bagi menganjurkan Program Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.Foto THE STAR Oleh: K.K.SHAM

SHAH ALAM: Mohd Yahya Sahri, bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan penipuan dan mengemukakan dokumen palsu tahun lepas.

Dia dituduh memperdayakan Pengerusi Darul Ehsan Sdn Bhd, Datuk Abdul Karim Munisar untuk mendorongnya memberikan sumbangan berjumlah RM50,000 bagi menganjurkan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.

Yahya, 43, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, Yahya boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat atau boleh juga dikenakan denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh menggunakan satu dokumen iaitu "Resolusi Pembukaan Akaun untuk Parti Keadilan Rakyat Selangor" sebagai tulen sedangkan dia tahu dokumen itu adalah surat pemalsuan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei tahun lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama.

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Josiendra Abu Senin mencadangkan RM15,000 sebagai ikat jamin tetapi peguambela Yahya, Yusmandi Yusoff memohon supaya jaminan dikurangkan memandangkan isteri tertuduh adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan mereka mempunyai empat orang anak berusia tiga hingga 16 tahun.

Hakim Syafeera Mohd Said kemudian menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 19 hingga 23 April tahun depan untuk perbicaraan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan