Uthayakumar gagal pindah kes hasutan ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan peguam P. Uthayakumar supaya kes hasutannya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi, atas alasan, antara lain, hakim Sabariah Osman adalah berat sebelah.

Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk T. Selventhiranathan, secara sebulat suara, memutuskan bahawa permohonan itu tidak mempunyai merit.

Peguam M. Manoharan, yang bertindak bagi Uthayakumar, berhujah bahawa Sabariah bertindak berat sebelah semasa perbicaraan dan sebagai hakim Mahkamah Sesyen Sivil, dia seharusnya tidak mendengar perkara berkaitan jenayah.

Manoharan juga berkata semasa perbicaraan pada 28 Sept lepas, hakim itu telah menuturkan ayat "Saya akan bincang dengan seseorang" sebelum enggan menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata Uthayakumar telah gagal mendedahkan dalam afidavit sebarang keadaan khusus untuk menunjukkan kenapa permohonan itu perlu dibenarkan.

Dia juga menafikan bahawa hakim Sabariah telah mengeluarkan perkataan seperti itu semasa perbicaraan.

Pada 11 Dis 2007, Uthayakumar, 48, didakwa menerbitkan sepucuk surat menghasut di laman sesawang police watch yang mempunyai alamat web http://police watchmalaysia.com oleh Hindraf yang beralamat di No.1353A, Jalan Toman 7, Kemayan Square, Seremban, Negeri sembilan.

Surat berkenaan bertarikh 15 Nov 2007 itu telah dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown do No.10, Downing Street, London.

Uthayakumar, penasihat undang-undang Hindraf itu, didakwa melakukan perbuatan itu antara 15 Nov dan 8 Dis 2007 di No.8105, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, persimpangan Jalang Riong, Bangsar, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pemohonan Uthayakumar untuk mendapatkan lebih banyak dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah berhubung siasatan polis dalam insiden Kampung Medan 1999 akan didengar di Mahkamah Sesyen Rabu ini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan