Saman Teresa Kok terhadap Syed Hamid didengar 4 Februari

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Februari tahun depan untuk pengurusan kes berhubung saman oleh anggota Parlimen daripada DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan tiga yang lain kerana membuat kesilapan menangkap dan manahan beliau mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Pendaftar Nazri Ismail menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut di hadapannya dalam kamar hari ini.

Pada 13 Mac lepas, Kok mengemukakan saman itu terhadap Syed Hamid, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, pegawai polis DSP E Kim Tien, dan kerajaan Malaysia, dengan mendakwa bahawa penangkapan dan penahanan beliau di hadapan rumahnya di OG Height di sini pada 11.15 malam 12 Sept tahun lepas, dilakukan tanpa asas dan menamakan keempat-empatnya sebagai defendan.

Dalam kenyataan tuntutannya, Kok berkata disebabkan oleh kecuaian dan tindakan sembarangan kesemua defendan, beliau berdepan dengan tekanan mental, keperitan dan kesengsaraan akibat keracunan makanan dan juga penafian haknya daripada segi perlembagaan.

Kok diwakili peguam S.N.Nair manakala kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Lailawati Ali. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan