Rayuan bekas kerani DBKL ditolak

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan seorang wanita bekas kerani Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap sabitan dan hukuman kerana kesalahan menipu yang dilakukan enam tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati Mahkamah Sesyen tidak tersilap dalam memutuskan bahawa Rosyatimah Kamarudin bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM3,000 atau penjara enam bulan.

Rosyatimah, 43, didakwa menipu ahli perniagaan Zainal Abidin Gimin, 44, bahawa dia boleh mempercepatkan proses pembayaran invois untuk satu tempahan oleh DBKL hingga mendorong Zainal Abidin menyerahkan RM3,000 kepada beliau.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Medan Tuanku, Jalan Raja Laut, di sini pada 8 Mei 2003.

Dalam penghakimannya Ghazali berkata berdasarkan keterangan saksi pada perbicaraan lepas, adalah jelas Rosyatimah telah mengemukakan tempahan palsu kepada mangsa dan telah habis menggunakan RM3,000 itu.

"Meneliti peranan perayu dalam kes ini, saya berpuas hati dan tidak perlu mengganggu serta mengubah keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Saya berpuas hati bahawa hukuman itu setimpal," katanya.

Rosyatimah, yang berada di kandang tertuduh kelihatan bersahaja mendengar keputusan itu, dan peguam Dir Kheizwan Kamaruddin yang mewakilinya, memohon penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan di Mahkamah Rayuan.

Ghazali membenarkan permohonan itu dengan syarat notis rayuan difailkan selewatlewatnya Isnin ini dan menaikkan jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan