Pegawai syarikat pelaburan didakwa tipu pelabur hampir RM1 juta

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai syarikat pelaburan mata wang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu 30 pelabur untuk membuat pelaburan dalam mata wang emas membabitkan wang berjumlah RM994,898.

Wan Mohamed Wan Zin, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Tertuduh didakwa sebagai pegawai syarikat SMIQ Resources Sdn Bhd telah memperdaya pelaburpelabur terbabit untuk membuat pelaburan dalam mata wang "Kijang Emas Gold Bullion Coins" yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi, menyebabkan wang sejumlah RM994,898 dibayar kepada syarikat itu untuk faedah kegunaan akaun syarikat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No.1391A, Pusat Niaga Batu Caves dekat sini, antara 1 Januari 2006 dan 31 Dis tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Nik Zunaidi Zakaria mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM30,000 serta seorang penjamin dengan syarat tambahan supaya dia melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Wan Mohamed yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana dia kini masih tidak mempunyai kerja tetap berikutan kes itu masih dalam siasatan pihak SSM.

"Pertuduhan ke atas saya juga tidak relevan kerana sebahagian pelanggan terbabit tidak berurusan di pejabat Batu Caves tetapi di cawangan Alor Setar dan ada juga pelanggan terbabit tidak terlibat dengan kita (pejabat Batu Caves)," katanya.

Hasbi bagaimanapun mencelah dengan berkata bahawa semua perkara itu sepatutnya dibangkitkan dalam perbicaraan dan bukannya semasa rayuan untuk mengurangkan jaminan.

Beliau kemudian menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini untuk sebutan melantik peguam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan