Mahkamah benarkan Speaker DUN Kedah semak keputusan SPR

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan permohonan semakan kehakiman itu tidak bercanggah dan terdapat isu serius yang perlu dibicarakan.

Beliau juga memerintahkan Dr Abdul Isa, yang hadir di mahkamah dan diwakili peguam Sulaiman Abdullah, memfailkan permohonan itu dalam tempoh tiga hari bagi membolehkan kes didengar sebelum 17 November.

Terdahulu, Sulaiman meminta mahkamah mendengar permohonan itu sebelum sidang DUN akan datang, dijadualkan selama tiga hari bermula 17 November.

Sulaiman, dalam hujahnya hari ini berkata Abu Hassan telah gagal menghadiri dua persidangan DUN Kedah secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini.

"Perkara 51, Perlembagaan Negeri Kedah menetapkan jika manamana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran speaker bagi dua mesyuarat berturut-turut, kerusinya akan menjadi kosong.

"Prima facie, memgikut Perkara 51 dalam kes ini adalah memuaskan," katanya.

Dr Abdul Isa memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasakuasa Khas) pada 1 Oktober, menamakan Abu Hassan dari Barisan Nasional dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi anggota Dewan Undangan Negeri bagi kerusi Kota Siputeh ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih wakil rakyatnya.

Kes itu akan disebut semula pada 6 November. Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR manakala Dr Abu Hassan tidak diwakili. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan