Kes syabu di Rompin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan kes seorang pemandu lori yang didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 753,359 gram di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih di sini pada 2 Mei lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk sebutan.

Majistret Emma Shahriana Ali membuat keputusan itu setelah mengambil kira hujah yang dikemukakan oleh J. Kuldeep Kumar, peguam yang mewakili tertuduh Lee Yong Toe, bahawa kes berkenaan boleh dipindahkan terus ke Mahkamah Tinggi. Lee, 48, dari Taman Iskandar, Johor Bahru, yang mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan itu yang didakwa berlaku pada pukul 6.45 pagi bersama seorang lagi yang masih bebas.

Timbalan Pendakwa Raya, Heng Yen Loo, sebelum itu memohon tempoh dua bulan untuk merujuk kes berkenaan kepada pihak Peguam Negara terlebih dahulu sebelum ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Permohonan itu bagaimanapun dibantah oleh Kuldeep dengan alasan kes itu boleh terus dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tanpa perlu mendapat kebenaran atau dirujuk ke Putrajaya terlebih dahulu berdasarkan beberapa kes yang melalui proses sedemikian sebelum ini.

Lee dibawa ke mahkamah pada 10 pagi dengan diiringi anggota polis dalam dua kereta peronda dan sebuah van. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan