'Saya bagai mati hidup semula' - tertuduh dadah

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Setelah lima tahun tujuh bulan dipenjara, saya rasakan hari ini bagaikan mati hidup semula, saya terlalu gembira," kata seorang lelaki yang terlepas dari hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

A. Thanasegaran, 29, yang dilepas dan dibebaskan dari tuduhan mengedar dan memiliki dadah tidak dapat menahan kegembiraannya dan memeluk rakannya sejurus sahaja keputusan dibacakan walaupun Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah masih belum menamatkan prosiding.

Dalam penghakimannya Azman berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' ke atas Thanasegaran kerana terdapat perbezaan berat kasar dadah yang ditimbang antara penguatkuasa serbuan dan ahli kimia dalam keduadua tuduhan terhadapnya.

Bagi tuduhan kedua memiliki dadah, juga tiada sebarang catatan dibuat di dalam dokumen serahan barang kes antara pegawai tangkap dan pegawai penyiasat, kata Azman.

Thanasegaran, seorang pengiklan, dituduh mengedar 27.66 gram dadah (25.06 gram heroin dan 2.6 gram Monoacetylmorphines) dan juga didakwa memiliki sejumlah 0.108 gram dadah (0.100 gram heroin dan 0.008 gram monoacetylmorphine).

Keduadua kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, di sini, pada 7 petang, 22 April 2004.

Bagi kesalahan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati manakala bagi tuduhan kedua (memiliki) dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta yang sama yang boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan