Mahkamah membebaskan jurulatih PLKN dari sabitan kes rogol

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBAIK mendengar keputusan itu, Zuki dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sambil meraup kedua-dua tangan ke muka tanda syukur.

Hakim Singham dalam penghakimannya berkata setelah meneliti nota keterangan dan fakta keseluruhan kes berkenaan, beliau menerima rayuan untuk mengenepikan sabitan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh.

"Antara yang perlu diambil kira ialah kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 28 Feb 2004, tapi laporan polis hanya dibuat pada 14 April 2004.

Tidak ada penjelasan munasabah dari pengadu kenapa beliau mengambil masa hampir dua bulan atau 44 hari untuk membuat laporan polis sekiranya dia dirogol seperti didakwa," katanya.

Katanya alasan pengadu bahawa laporan polis, sekiranya dibuat, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga juga tidak boleh diterima kerana akhirnya pengadu sendiri membuat laporan berkenaan.

"Pengadu juga ada peluang terbuka untuk mengadu mengenai kejadian rogol sekiranya ia benar berlaku kepada doktor ketika mendapatkan rawatan di Kem Desa Pahlawan, Kota Baharu tetapi dia hanya mengadu sakit dada, demam dan batuk sahaja," katanya.

Katanya kredibiliti pengadu boleh diragui di mana perbuatan pengadu membuang seluar dalam yang didakwa dipakai pada hari kejadian rogol didakwa berlaku, keterangan pengadu yang sebaliknya menyalahkan pegawai kem yang didakwa menghalang beliau membuat laporan polis dan keterangan bahawa dia dipaksa melakukan hubungan seks dalam kereta kancil adalah tidak konsisten.

"Jika dipaksa (melakukan hubungan seks) dalam kereta kecil (kancil) dan juga mendakwa ditampar beberapa kali dan pengadu memberitahu bergelut untuk mengelak dirogol, tentu ada kesan bengkak atau calar pada badan, bagaimanapun faktor ini tidak diambil kira oleh Hakim Mahkamah Sesyen," katanya.

Malah, untuk memastikan cerita pengadu dirogol benar, pegawai di Kem PLKN Merang Suria Holiday, Setiu telah mengambil tindakan membuat ujian kehamilan terhadap pengadu tanpa pengetahuannya.

"Ketika dipanggil bersemuka dengan tertuduh, pegawai atasan kem dan seorang pembantu perubatan, pengadu masih lagi enggan membuat laporan polis walaupun tertuduh mencabar beliau berbuat demikian dan tertuduh sendiri sanggup menjalani ujian perubatan dan perkara itu dibawa kepada pihak polis," katanya.

Pengadu juga melakukan beberapa pembohongan seperti mendakwa mempunyai doktor peribadi, keluarga memiliki hotel dan restoran, ada keluarga angkat dari kerabat diraja Brunei, telah membawa ketidak boleh kepercayaan kepada pengadu sendiri," katanya.

Hakim Singham berkata banyak jurang yang perlu dijelaskan dalam kes itu dan keraguan seharusnya memberi manafaat kepada tertuduh. Mahkamah mendapati dalam kes ini, lebih sesuai dikatakan hubungan seks yang berlaku adalah lebih kepada faktor kerelaan dan memandangkan umur pengadu 17 tahun ketika itu, ia bukan menjadi kesalahan dari segi undang-undang.

Walaupun mahkamah mendapati secara moralnya, apa yang dilakukan tertuduh terhadap pengadu tidak dapat diterima masyarakat khususnya apabila pengadu diletakkan dalam jagaan pihak berkuasa kem berkenaan, pertimbangan moral bukan faktor dalam menentukan seseorang itu bersalah atau tidak dalam kes perundangan.

"Atas pertimbangan-pertimbangan tersebut, rayuan tertuduh di bawah sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005 diketepikan dan tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan rayuan tertuduh juga ditolak," katanya. Pendakwaan kes itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya Badiuszaman Ahmad.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan