Penolong Pegawai Tanah dituduh perolehi rasuah RM2,000

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang penolong pegawai tanah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan memperoleh secara rasuah wang tunai RM2,0000 daripada seorang pemilik sebuah syarikat tahun lepas.

Baharuddin Jana, 57, yang bertugas di Pejabat Tanah dan Galian Ipoh di sini didakwa secara rasuah memperolehi wang tunai RM2,000 daripada pemilik syarikat Rizqi Kekal Enterprise, Mohd Zahid Sudar, 41.

Wang tunai itu didakwa diperolehi sebagai dorongan supaya tertuduh tidak merampas buku doket syarikat berkenaan.

Baharuddin dituduh melakukan kesalahan itu di perkarangan Restoran Tasek Raban, Jalan Kompleks Sukan di sini pada 3 April tahun lepas kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih dari 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Hakim Indra Nehru Savandiah kemudiannya membenarkan tertuduh yang diwakili peguam T.Shan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 15 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula selepas tertuduh minta dibicarakan.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hamzah Mohd Aris. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan