Peguam dipenjara lima tahun pecah amanah wang RM3 juta

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peguam dan seorang pengurus sebuah firma guaman dijatuhi hukuman penjara masing-masing lima dan tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan pecah amanah wang bernilai RM3 juta milik sebuah syarikat hartanah.

Hakim Rozana Ali Yusoff memerintahkan Rosmaniza Osman, 37, dan Rozalind Sakunthala Rajan, 47, dari firma guaman tetuan Ros & Associates menjalani hukuman tersebut bermula hari ini.

Rosmaniza dan Rozalind didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM3 juta milik Maju Holdings Sdn Bhd di firma guaman itu yang beralamat No W12C1 Tingkat 12, West Block, Wisma Selangor Dredging, Jalan Ampang di sini antara 9 Mac 2005 dan 4 Julai 2005.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Rozana sebelum menjatuhkan hukuman berkata hukuman yang setimpal perlu dikenakan terhadap keduadua mereka terutama sekali Rosmaniza bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap profesion guaman.

"Saya nak sebut, bila mana kes ini melibatkan peguam, ia merupakan satu profesion yang mulia. Bila kita kata profesion yang mulia, anak guam melantik kamu dan percaya kamu, mereka bukannya lantik secara free untuk perkhidmatan kamu," kata Rozana.

Rozana berkata kesalahan yang dilakukan oleh Rosmaniza secara tidak langsung telah mencemarkan profesion sebagai pengamal undangundang di mana orang ramai akan hilang kepercayaan kepada mereka (pengamal undang-undang).

"Bila nak lantik peguam orang ramai akan rasa 'unsafe' sebab adanya kesalahan macam ni, sebab itulah mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang setimpal agar ia dijadikan pengajaran kepada mereka yang lain," katanya lagi.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah yang menemani Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah dalam hujahannya memohon mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kekerapan berlakunya keskes pecah amanah jenayah yang berlaku di negara ini.

"Apatah lagi dalam kes ini tertuduh pertama ialah seorang peguam yang mana sebagai seorang pengamal undang-undang tertuduh sepatutnya menghormati undang-undang dan bukan mencemarkannya.

"Begitu juga dengan tertuduh kedua (Rozalind) walaupun bukan seorang peguam tetapi jelas beliau mewakili dan mempunyai kuasa untuk menguruskan firma Ros & Associates," katanya.

Izalina berkata kedua-dua tertuduh dengan sewenang-wenangnya melakukan pecah amanah terhadap wang RM3 Juta milik Maju Holdings setelah syarikat itu memasukkannya ke dalam akaun pelanggan firma tersebut, oleh itu mereka wajar dikenakan hukuman yang berat. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan