Keputusan rayuan jurulatih PLKN ketepi sabitan kes rogol esok

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Rayuan bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 13 tahun dan tiga kali sebatan atas kesalahan merogol seorang pelatih program itu lebih lima tahun lalu, akan diputuskan esok.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk V T Singham selepas selesai mendengar hujahan tertuduh, Kpl Zuki Mohd yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed dan pihak pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Badiuszaman Ahmad.

Zuki, 34, merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pad 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb tahun 2004.

Sukri dalam hujahnya menegaskan sekiranya Hakim Mahkamah Sesyen meneliti secara menyeluruh kes berkenaan, pihak pendakwa sebenarnya telah gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Paling ketara, katanya unsur kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku, dan hanya berbuat demikian hampir dua bulan kemudian selain wujudnya unsur kerelaan dalam kes berkenaan berikutan keengganan pengadu membuat laporan polis walaupun setelah disarankan pihak atasan kem dan dicabar oleh tertuduh sendiri.

Selain itu, pengadu juga, katanya hanya membuat laporan polis setelah timbul unsur beliau mengandung berikutan keputusan positif ujian kehamilan yang dibuat.

"Ada beberapa kali ujian kehamilan dibuat, ketika ujian dikatakan menunjukkan keputusan negatif, pengadu enggan membuat laporan polis tetapi setelah ujian sekali lagi dibuat dan dikatakan menunjukkan keputusan positif, barulah pengadu bersetuju untuk membuat laporan polis," katanya.

Badiuszaman menjelaskan kelewatan laporan polis dibuat berpunca daripada beberapa sebab dan tidak sepenuhnya boleh dipersalahkan kepada pengadu semata-mata.

Katanya pengadu telah melaporkan perkara itu kepada pihak kem, tetapi tidak ada tindakan diambil oleh pihak kem berhubung kes itu sehingga sebulan kemudian.

Katanya pengadu juga enggan membuat laporan polis kerana ia melibatkan maruah keluarga dan tak mahu keluarganya mendapat malu. Pengadu juga dikatakan bertukar karakter daripada seorang yang sentiasa ceria kepada murung selepas kejadian.

Hakim Singham bagaimanapun mencelah berdasarkan keterangan, walaupun murung, pengadu nampaknya masih boleh pergi ke pasar malam sehari selepas kejadian rogol didakwa berlaku.

"Dan kalau pengadu tidak mahu keluarga dapat malu, kenapa cerita (mengenai kejadian) kepada semua orang selepas balik kem hari itu (hari kejadian)," katanya.

Badiuszaman bagaimanapun menjelaskan faktor itu berkait rapat dengan umur pengadu yang masih muda dan setelah menerima kaunseling barulah pengadu setuju untuk membuat laporan polis.

Ketika prosiding, tertuduh yang sebelum ini merupakan jurulatih fizikal di kem PLKN Merang Suria Holiday, Setiu, sesekali berpaling ke arah galeri awam dan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang hadir.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan