Dua warga India miliki 44.7kg Ketamin dipenjara empat tahun

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua lelaki warganegara India, masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana kesalahan memiliki 44.7 kg dadah ketamin di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, dua tahun lepas.

Anwar Ali Usman, 47, dan Sheikh Dawood Usman, 39, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Mereka sebelum ini didakwa atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Anwar Ali dan Sheikh Dawood, kedua-duanya dari Chennai, India, dituduh melakukan kesalahan itu di Balai Ketibaan Aras 3, Bangunan Terminal Utama, KLIA, kira-kira pukul 7.30 pagi, 14 Feb 2007.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki Hakim memerintahkan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap iaitu pada 14 Feb 2007.

Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata mahkamah mempertimbangkan rayuan kedua-dua tertuduh untuk mengurangkan hukuman tetapi pada masa sama perlu mempertimbangkan hujah pihak pendakwaan memandangkan jumlah berat dadah yang terlibat agak besar.

"Banyak berlaku kejadian transit di KLIA seperti kes ini dan ia menunjukkan warga asing seolah-olah mencabar kewibawaan Malaysia.

"Ini tidak baik bagi negara ini, tapi pada masa yang sama prinsip undang-undang mengatakan mahkamah perlu mempertimbangkan pengakuan bersalah tertuduh untuk menjatuhkan hukuman yang ringan," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara Anwar Ali diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid dan peguam Zulkepli Omar mewakili Sheikh Dawood. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan