Mahkamah tolak bantahan Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal menghalang Mahkamah Rayuan daripada mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi agar pihak pendakwaan membekalkan dokumen berkaitan kes liwat kepada beliau.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak bantahan awal Anwar bagi mengetepikan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakimhakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, sebulat suara menolak bantahan Anwar itu setelah memutuskan bahawa perintah Mahkamah Tinggi berhubung permohonan pembekalan dokumen berkenaan adalah muktamad dan oleh itu boleh dirayu.

Bagaimanapun, mahkamah itu menolak permohonan Anwar melalui peguamnya Karpal Singh bagi menangguhkan prosiding rayuan sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan hari ini (bantahan awal) di Mahkamah Persekutuan.

Karpal merupakan anggota baru pasukan peguam bela yang mewakili Anwar dalam perbicaraan kes berkenaan, menggantikan peguam Sulaiman Abdullah, yang menarik diri pada 15 Julai atas sebab kesihatan.

Pada prosiding hari ini, mahkamah berkenaan mendengar rayuan pihak pendakwaan dan rayuan balas Anwar terhadap Mahkamah Tinggi yang sama, yang menolak permohonannya untuk mendapatkan satu contoh spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selepas prosiding itu, Karpal memberitahu pemberita bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan esok.

Pada 16 Julai, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan pemimpin pembangkang itu agar pihak pendakwaaan membekalkan kepadanya rekod kenyataan saksi di pihak Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid serta tiga saksi lain dan dokumen lain yang berkaitan.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan contoh spesimen Mohamad Saiful apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun tahun lepas.

Dalam hujahnya, Karpal berkata mahkamah berkenaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar keduadua rayuan berkenaan (rayuan pihak pendakwaan dan rayuan balas Anwar) kerana ia bukan keputusan muktamad.

Karpal berkata berikutan pindaan yang dibuat terhadap Seksyen 51 Kanun Atur Cara Jenayah (CPC) pada 31 Julai 1998, keputusan yang dibuat oleh mahkamah berhubung sesuatu permohonan, bukan bersifat muktamad, selagi keputusan akhir sesuatu perbicaran itu tidak dibuat.

Bagaimanapun, dalam hujahnya, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yng mengetuai pasukan pendakwaan, berkata perintah Mahkamah Tinggi itu adalah muktamad dalam konteks permohonan bagi mendapatkan dokumen.

Beliau juga berkata hakim Mahkamah Tinggi terkilaf dalam keputusannya apabila beliau berkata Anwar mempunyai hak untuk mengetahui semua perkara, sebelum menjalani perbicaraan kes liwatnya.

Perbicaraan akan disambung pada 30 Okt. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan