Keputusan permohonan Uthayakumar pindah kes didengar Selasa

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Selasa ini bagi memutuskan permohonan penasihat undang-undang Hindraf, P. Uthayakumar supaya kes hasutan terhadapnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan meneliti hujahan yang dibuat peguam N.Surendran, mewakili Uthayakumar dan Timbalan Pendakwaraya Noorin Badarudin, terhadap isu itu sama ada kes tersebut patut dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Surendran, dalam hujahannya, berkata kes itu perlu dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi kerana ia membabitkan isu penghapusan etnik yang merupakan persoalan undang-undang yang kompleks, unik dan rumit.

Beliau berkata isu penghapusan etnik, seperti yang dinyatakan dalam afidavit Uthayakumar, belum pernah diputuskan oleh manamana mahkamah di negara ini.

Sementara itu, Noorin dalam hujahan balasnya menegaskan isu yang dibangkitkan itu bukan suatu yang rumit dan unik sehingga menyebabkan hakim Mahkamah Sesyen tidak dapat memahami dan memutuskan kes itu kelak.

"Kita mempunyai barisan hakimhakim Mahkamah Sesyen yang cukup arif dan berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman, saya yakin frasa penghapusan etnik itu bukanlah sesuatu yang baru yang tidak boleh difahami oleh hakim Mahkamah Sesyen," katanya.

Pada 11 Disember, 2007, Uthayakumar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan menerbitkan sepucuk surat berbaur hasutan, bertarikh 15 November, 2007, menerusi satu laman web, yang juga dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown di No 10, Downing Street, London. Uthayakumar, 48, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan