Wanita antara tiga dipenjara rompak pengutip hutang

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga rakan termasuk seorang wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah merompak seorang pengutip hutang dan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa tiga tahun lepas.

Wanita itu, Misliha Ayon, 29, bersama Mohamad Hilmi Md Halid, 31, dan Norizam Kamal, 36, dikenakan hukuman itu setelah didapati bersalah bersama-sama empat lagi yang masih bebas merompak Thum Tong Yew, 27, wang tunai RM550, rantai emas, jam tangan dan sebuah telefon bimbit bernilai menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000, di Pusat Niaga Batu Caves, Gombak, pada 3 petang 15 April 2006.

Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap di sebuah kedai kopi di Kuala Kubu Baharu dekat sini pada 6 petang hari yang sama, Mohamad Hilmi dan Norizam dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan manakala Misliha dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Hakim M.Gunalan memerintahkan agar kesemua hukuman berjalan secara serentak berkuatkuasa hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kesemua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan selesai.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Zuraida Wan Nawan memanggil tujuh saksi memberi keterangan manakala pembelaan yang diwakili peguam Abdul Kadir Ismail mengemukakan tiga saksi.

Mahkamah diberitahu bahawa Misliha dikatakan berhutang dengan sebuah syarikat dan Thum telah ditugaskan untuk mengutip hutang daripadanya dan apabila tiba di tempat kejadian, beberapa lelaki mengheret mangsa ke dalam sebuah kereta dan merompaknya.

Sejurus kemudian kesemua suspek membawa Thum ke Kuala Kubu Baharu dan di situ mereka telah meminta duit daripadanya serta mengarahkannya menguhubungi keluarga atau majikannya dan apabila gagal berbuat demikian, dia dipukul di bahagian kepala, muka, mata, pipi dan hidung termasuk dengan gelas kaca sehingga pengsan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan