Pengarah urusan mengaku tidak bersalah berhubung pinjaman RM500,000

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengarah urusan syarikat pembekal keperluan hospital mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan berhubung pinjaman berjumlah RM500,000 kepada sebuah syarikat.

Untuk tuduhan pertama, Mohd Shukri Abdul Rahman, 53, dari PT Lab Sdn Bhd didakwa membenarkan pinjaman berjumlah RM500,000 diberi kepada Pusrawi Engineering Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis bernombor 22, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, antara 17 Ogos 2004 hingga 30 Sept 2004, mengikut Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000.

Bagi tuduhan kedua, beliau didakwa telah membenarkan pinjaman berjumlah RM500,000 diberi kepada Pusrawi Engineering sedangkan syarikat PT Lab bukanlah sebuah syarikat berstatus "syarikat persendirian yang dikecualikan".

Kesalahan dilakukan di premis yang sama antara 24 Ogos dan 24 Sept 2004.

Bagi kesalahan itu dia didakwa di bawah Seksyen 133A (1) (a) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 7 Dis ini untuk sebutan semula kes. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan